5/09/2011

chilled oreo-cheese cake + chilled peach-cheese cake :)

assalamuaikum :)

















ok,apakah benda segiempat di atas ini???
yg sebelah kiri,warna putih tu peach cheese cake
yang kanan tu oreo cheesecake..




















chilled oreo-cheese cake







ni la rupa kek ni sebelum dipotong :) tapi yang gamba atas tu tak letak oreo kat atas,sebab stok oreo tak cukup time tu~ wehehehe..sorry k :)







bahan-bahan:

-2 paket oreo

-whip creme(boleh ganti dengan susu segar)
-sepaket krim cheese

-setengah tin susu pekat (boleh kurangkan atau lebihkan ikut taste masing2)

-3 sudu besar gelatin (ganti dengan agar-agar)



cara-cara:

-pukulkan krim cheese sampai kembang

-masukkan susu pekat,pukul lagi

-masukkan whip kreme tadi

-masukkan oreo,tapi sebelum tu hancurkan oreo tu dulu

-kacau bagi sebati semua tu

-gelatin dicampur dengan sedikit air panas,bagi larut gelatin tu

-masukkan larutan gelatin tadi ke dalam bancuhan tadi

-kacau sampai sebati

-masukkan dalam bekas,boleh mula hias :)

-hiasan terpulang,tapi sedap kalau tabur chocolate rice dan susun oreo kat atas tu

-akhir sekali masukkan kek ke dalam peti sejuk,paling minima selama 2 jam :)





dah siap,boleh makan
.
.
.
.
..
.
.
.
.
..
.
.
..
.
.
ni la rupa kek bila dah dipotong :) nyummy!~

























chilled peach-cheese cake



actually lupa nak amik gamba kek yang ni T___T


errr




bukan lupa pon,tapi tak sempat amik gamba,dah kepoh nak makan dulu,biasala orang gelojoh memang camni (-.-')















gamba ihsan google~
haaa,macam ni la rupa kek tu :) 










bahan-bahan:

A) base:

-biskut marrie

-butter


B) upper layer

-sepaket krim cheese

-gula ising (sikit je,boleh lebihkan ikut citarasa masing-masing)

-peach dalam tin (potong dalam bentuk dadu)

-3 sudu besar gelatin



cara-cara:

A) base

-hancurkan biskut marrie dan ketepikan

-cairkan butter

-satukan butter dan biskut tadi,dan ratakan dalam satu bekas

-masukkan ke dalam peti sejuk selama 1 jam,bagi base tu agak keras sedikit


B) upper layer

-pukul krim cheese tadi sampai kembang

-masukkan gula ising ke dalam krim cheese tadi,pukul sampai sebati

-masukkan peach yang telah dipotong dadu

-akhir sekali masukkan campuran gelatin dan air panas

-kacau semuanya hingga rata dan sebati

-masukkan di dalam bekas base yang telah disejukkan tadi,senang cakap bahagian atas base tadi tu laaaaa

-sejukkan selama 1 jam


















selamat mencuba :)
  


5/04/2011

SEAFOOD LASAGNA! nyummyyyy! *droolinggggggggggggggg*

assalamualaikum~






dinner malam ni buat seafoooood lasagna! ini request adik saya,mula-mula macamm malas gila nak buat sebab leceh,dah la barang takda,nak kena pegi kedai beli barang satu hal,nak masak kulit lasagna satu hal,nak masak krim satu hal.memang rasa tanak buat laaa..








tapi dah menyampah dengar adik tu merengek macam budak kecik,haha buat la jugakkk,kang dia merajuk,susahhhh..dah la bab pujuk2 ni akak memang fail kau! huuuu












gamba memang tak sempat nak amik,sebab adek memang tunggu je depan oven,dah siap dia terus makan dengan rakus dan ganasnya T_____T kau memang gelojoh dik,takut akak nengok ko makan tadi..




















         ni gambar ihsan dari google~ 












makaseh google makaseh~
             










 tapi lasagna aku lagi tebal,sebab aku tamak,excited buat krim dengan letak seafood banyak2 hahaha










bahan-bahan:
-kulit lasagna ( ada 2 jenis,1 yang kena rebus dulu,1 yang terus boleh guna, tapi better amik yang rebus dulu kot,rasa terjamin sikit nak makan)
-parmesan cheese (untuk lapisan akhirrrr lasagna)



campuran A
-2 cawan mozarella cheese (amount boleh ditambah/dikurangkan ikut selera masing2)
-2 cawan cottage cheese(tak letak)
-1 biji telur
-seafood (isi ketam,isi udang,sotong,siput..amount ikut selera masing2,suka banyak letak banyak)
-basil( boleh ganti dengan rosemerry takpun origano) tapi aku tak letak pon haha


bahan sos putih:
-setengah buku butter
-4 sudu besar tepung gandum
-3 sudu besar susu segar
-secubit garam



cara-cara:
1. masak kulit lasagna,ikut arahan yang tertera pada kotak lasagna tuuu

2.dah masak,angkat dan toskan kulit lasagna. asingkan.

3. untuk sos putih, masukkan butter,tepung,susu segar dengan garam dalam periuk,kacau sentiasa sampai kuah putih ni jadi pekat,tapi jangan terlalu pekat,nnt tak sedap.

4. satukan semua campuran A,ketepikan

5. sediakan 1 pan/bekas casserol

6. lapisan pertama,letakkan kuah putih

7.letakkan 1 lapisan lasagna

8. letakkan campuran A

9. ulang langkah 6-8 sehingga habis

10. akhir sekali tabukan parmesan cheese di lapisan teratas

11. tutup dengan aluminium foil,bakar lebih kurang 30 minit pasa suhu 180 degree.





*eh,tapi ni anggaran untuk 5-6 orang makan tau! jangan makan sorang amik anggaran ni pulak,sampai raya haji tak habis makan kang! 











SELAMAT MENCUBA! :)





5/01/2011

chilled oreo-cheese cake!

salam semua :)


























buat kejap,dah lesap~ kek ni mendapat sambutan hangat owh! kena buat lagi lah nanti :D